Unit Perundangan

Dengar kandungan ini
Kecilkan saiz tulisan
Besarkan saiz tulisan
Cetak kandungan ini

FUNGSI
  • Memberi nasihat undang-undang tentang hal-hal perundangan mengenai perkara tertentu dalam bidang kuasa Kementerian/agensi.
  • Mentafsir undang-undang seperti Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri, Akta Parlimen, Enakmen/Ordinan dan Perundangan Subsidiari.
  • Menyemak perjanjian dan kontrak, triti atau Memorandum Persefahaman dan dokumen undang-undang yang dihantar oleh Kementerian/agensi.
  • Menyemak cadangan penggubalan undang-undang baru atau pindaan kepada undang-undang dan perundangan subsidiari.
  • Mengendalikan kes-kes sivil yang melibatkan Kementerian/agensi (jika perlu).
  • Menghadiri mesyuarat di peringkat jabatan, kementerian, kebangsaan dan/atau antarabangsa berhubung dengan hal-hal yang dinyatakan di atas.
  • Bertanggungjawab terus kepada Ibu Pejabat Bahagian Penasihat dan Antarabangsa untuk membuat rujukan dan mendapat pandangan serta kelulusan/ulasan Peguam Negara dalam apa-apa perkara yang berkaitan dengan perundangan.

PIAGAM PELANGGAN
  • Mengkaji dan memberi nasihat undang-undang kepada kementerian dan jabatan, agensi dan bahagian di bawahnya dalam tempoh dua minggu.
  • Munggubal dan menyemak apa-apa perundangan utama atau subsidiari yang sedia ada di bawah kendalian kementerian dalam tempoh empat minggu dari tarikh draf pertama diterima.
  • Menyemak dokumen kontrak/perjanjian jabatan, bahagian dan agensi di bawah kementerian dalm tempoh dua minggu dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  • Menyemak serta memberi arahan terhadap kertas siasatan di bawah akta Kementerian Pelancongan Malaysia yang dirujuk dalam tempoh dua minggu.
  • Mewakili kerajaan Malaysia dan Kementerian dalam mana-mana prosiding guaman (litigasi guaman) pada tarikh, masa dan tempat seperti yang diarahkan oleh Peguam Negara.

Hit
Terakhir Dikemaskini
Kongsikan Kandungan Ini
10665 10 Januari 2011